Saturday, November 6, 2010

JUS MANGGIS (XANGO)

SALAM
serba sedikit berkenaan manggis dapat kita kongsikan...
kini kngah ingin berkongsi JUS MANGGIS dari produk XANGO
Beli XanGo Juice
 
sesiapa yang berminat boleh hubungi kngah...
sebarang persoalan juga boleh utarakan...
kepada sesiapa yang ada penyakit yang tertera atau saudara2 yang dapat di bantu, 
boleh mencuba JUS MANGGIS... insyaAllah


MANGGIS

BUAH MANGGIS
Walaupun ia sudah tertanam beribu-ribu tahun, buah manggis tidak dikenali di kebanyakan tempat di dunia. Lazimnya ia ditanam di tenggara Asia dan tempat lain beriklim tropika, rasanya memang tiada bandingan. Mengandungi kulit berwarna ungu tua dan memiliki isi berwarna putih yang manis, Saiznya pula seakan sebiji oren.
Tidak cukup dengan rasa yang enak, buah manggis kaya dengan xanthone. Seperkara lagi, manggis mengandungi sehingga 5 gram serat. Pigmennya yang keungu-unguan juga telah digunakan sebagai satu bahan pewarna.
"Manggis itu berada di kedudukan lebih tinggi dalam kehalusannya, jika bukan segala buah-buahan lain di dunia pun, ia adalah yang terbaik bagi zon tropika. Saya mengaku ia adalah satu kegembiraan apabila merasai nikmatnya di lelangit ketika menjamu manggis." – David Fairchild , PhD., penjelajah pertanian, ahli botani dan pengarang.

XANTHONE
Antara pelbagai zat pemakanan tumbuhan didapati dalam kulit manggis, xanthone memiliki kelebihan tersendiri yang mengagumkan. Kajian saintifik mencadangkan xanthone boleh menggalakkan kesejahteraan manusia.

Xanthone Dalam Manggis
Para penyelidik telah mengenalpasti berdozen xanthone yang aktif secara biologi dalam buah manggis. Hari ini, penyelidik baru saja mula menemukan ciri saintifik yang cukup kuat di sebalik buah manggis.

Apa itu Xanthone?
Xanthone adalah:
  • Satu kelas unik sebatian biologi aktif yang memiliki pelbagai keupayaan bioaktif.
  • Kumpulan terhad untuk tumbuhan polyphenol, bahan biosintetik berkaitan dengan flavonoid.
    • polyphenol – sekumpulan bahan kimia tumbuhan yang dikenal pasti menerusi kehadiran lebih daripada satu kumpulan phenolic. Polyphenol bertanggungjawab untuk menghasilkan warna sesetengah tumbuhan.
    • flavonoid – lebih 5,000 flavonoid semula jadi telah dikenal pasti daripada pelbagai tumbuh-tumbuhan. Kesan berfaedah makanan berasaskan tumbuhan itu sering diperolehi daripada sebatian flavonoid, berbanding khasiat lain yang dikenali, memandangkan ia menunjukkan pelbagai kesan biologi.
  • Dari sudut kimia, molekul karbon enam rangkaian dalam satu sistem jaringan mengandungi satu molekul tunjang dan pelbagai kumpulan kimia yang bersambung padanya. Tunjang berkenaan mengandungi dua gegelung benzena menerusi kumpulan karbonil dan oksigen. Setiap satu gegelung dihubungkan dalam satu pembentukan yang bergabung untuk tidak membenarkan putaran bebas di sekitar sambungan karbon-karbon. Tunjang yang unik ini, bersama-sama jenis dan kedudukan kumpulan bahan kimia yang bersambung itu menjelaskan fungsi (ciri-ciri) khusus xanthone.
**copy of : http://www.xango.com.my

Wednesday, November 3, 2010

XANGO MALAYSIA

Xango - Khasiat jus Manggis dan Xanthones diMalaysia.
Bahasa Malaysia
Julai 2007
PENGGEMAR produk minuman kesihatan di negara ini kini berpeluang merasai sendiri khasiat buah manggis melalui XanGo Juice, jus yang dihasilkan daripada keseluruhan buah berkenaan termasuk kulitnya.

Presiden Pembangunan Antarabangsa dan Perhubungan Pengedar XanGo LLC, Joseph Morton, berkata minuman berkenaan akan mula diperkenalkan kepada pengguna di negara ini mulai bulan ini.

Beliau yang juga pengasas bersama produk berkenaan berkata, kajian yang dijalankan pihaknya mendapati buah manggis yang digunakan masyarakat Asia Tenggara sejak sekian lama terbukti mempunyai pelbagai khasiat kepada kesihatan.

“XanGo Juice dihasilkan daripada keseluruhan buah berkenaan termasuk kulitnya. Oleh itu pengguna akan dapat menyerap lebih banyak khasiat daripada buah manggis.
“Jus ini kaya dengan ‘xanthones’ iaitu sejenis bahan antioksida yang sangat berkesan,” katanya ketika ditemui di Kuala Lumpur semalam.

Morton berkata, puluhan kajian membuktikan buah manggis memberi pelbagai khasiat kepada tubuh seperti menjaga sistem kardiovaskular, sistem pernafasan, usus, menyokong fungsi sendi dan tulang rawan, menguatkan sistem pertahanan badan serta meneutralkan radikal bebas.

“Pengguna Islam tidak perlu bimbang kerana jus ini dijamin halal dan sudah mendapat status halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

“Setakat ini sambutannya amat menggalakkan dan kami mensasarkan jualan memberangsangkan di seluruh negara. Apa yang menarik jus ini boleh diminum semua peringkat umur,” katanya.

Beliau berkata, jus berkenaan dijual melalui ribuan pengedar yang sudah dilantik di seluruh negara termasuk Sabah, Sarawak dan semakin mendapat sambutan.

XanGo Juice didatangkan dalam botol bersaiz 750 mililiter dan dijual pada harga RM160 setiap satu.

Produk itu yang diperkenalkan di pasaran global November 2002 kini mempunyai 750,000 wakil pengedar di seluruh dunia.

(http://www.hmetro.com.my/Current_News/HM/Thursday/Bisnes/20070705110129/Article/indexm_html)

lagi KHASIAT MANGGIS

Manggis  atau nama saintifiknya (Garcinia mangostana) adalah tumbuhan tropika malar hijau dan dipercayai berasal dari Asia Tenggara. Pokok manggis boleh tumbuh daripada 7 hingga 25 meter dan menghasilkan buah berwarna ungu pekat yang boleh dimakan. Buah manggis dikenali sebagai “ratu segala buah” sementara buah durian (Durio spp.) dikenali sebagai “raja segala buah”.


Terdapat juga spesis/subspesis lain seperti berikut: Garcinia mangostana, Garcinia pedunculata, Roxburgh, Garcinia Kydia, Roxburgh, Garcinia indica, Choisy (Garcinia purpurea), Roxburgh; Brindonia indica dan DuPetit-Thouars.
Manggis antara tumbuhan yang lambat tumbuh dan tumbuhan tropika. Ia sensitif dan tidak mampu hidup pada suhu di bawah 40F atau lebih dari 100F, biji benih mati pada 45F.
Orang Barat telah mengkaji buah ini dan mengkomesialkan dan mereka menghasilkan jutaan ringgit. Waktu kita makan sahaja dan kulitnya kita buang, tetapi khasiat buah ini terletak banyak pada kulitnya. Walaupun rasa kelat dan pahit, tetapi ia mengandungi banyak khasiat.

Khasiat dan kegunaan
Buah manggis kaya dengan Xanthones  yang merupakan sejenis antikoksida. Buah ini dikatakan boleh membantu memulihkan sistem imunisasi badan.
Kulit buah manggis telah digunakan secara meluas di India sebagai ubat cirit-birit. Kulit buah manggis sekitar suku inci tebal dan mengandungi cecair amat pengering (astringent), yang mana, pada musim hujan, menghasilkan cecair melekit kekuningan, yang merupakan sejenis (gamboge). Orang orang Cina menggunakan kulit pokok sebagai sumber pewarna hitam, dan turut juga digunakan bagi mengubat cirit-birit.
Buah manggis terkenal kerana sedap dan enak dimakan mentah. Buah manggis mempunyai kulit tebal yang tidak boleh dimakan dan mempunyai isi yang putih dan manis. Kulit manggis mempunyai pewarna/getah yang sukar hilang sekiranya terkena baju.

Kandungan Kulit Manggis
Kulit manggis mempunyai tanin, resin, dan crystallizable mangostine (C20H22O5., membentuk sisik kuning keemasan, tanpa rasa, cair pada 190° C. (374° F.), mudah larut dalam alkohol atau ether, tidak larut dalam air. Sulingan asas lead acetate boleh dihasilkan dari larutan alkoholnya. Pelarutannya dalam alkali mengurangkan larutan emas dan perak.
Buah manggis mengandungi asid malic menjadikan isinya berasid. Kandungan getah yang terhasil dari pokoknya telah disiasat pada 1858, oleh N. Reitler di makmal Wittstein (Vierteljahresschr. f. prakt. Pharm., Vol. VII, p. 170), dan didapati mengandungi 88 peratus resin, larut dalam alkohol atau ether.
Penggunaan amonia memisahkannya kepada bahagian resin larut dan tidak larut. Bagi spesies Garcinia purpurea, terdapat Kokum butter dalam biji benihnya sehingga 30 peratus, dan kebanyakannya terdiri dari tristearin dan oleic glycerides dan asid myristic (Jahresb. der Pharm., 1896, p. 71).

Kulit buah manggis agak keras dan dengan garispusat 4-6 cm. Buah manggis terdiri daripada isi warna putih yang berukur garispusat 3-5 cm. Bergantung kepada saiz dan masak, ia mungkin berbiji.
Rasa manggis boleh dibandingkan dengan strawberi putik dengan rasa-rasa manis limau. Buah manggis jarang dijual di negara Barat kecuali di kedai runcit Asia. Kulit manggis menghasilkan warna merah, dan amat sukar ditanggalkan.

Cara Makan
Manggis dibuka dengan mengopek bukannya dipotong. Buah manggis dipegang dengan kedua belah tangan, ditekan perlahan-lahan sehingga kulitnya terbelah. Selepas itu, ia mudah untuk membuka dan mengambil isinya.
” Bila dimakan, gigit sedikit bahagian dalam kulitnya, rasa memang kelat, tetapi puas, lepas tu baru makan isi yang manis, dalam sekelip mata rasa pahit hilang” itu pengalaman makan kulit manggis segar.
Kulit manggis dihiris & jemur hingga kering untuk dijadikan serbuk. Masuk dalam capsule.Ambil setiap hari. Di Amerika mereka membuat Jus dan menjualnya serata dunia termasuk Malaysia, dan heboh dalam blog dan ramai yang berniaga dalam internet menjual jus buah manggis.

Khasiat Kulit Manggis
1. Memberi tenaga)
2. Prevents inflammation
3. Mencegah sakit urat saraf
4. Mencegah Ulcer
5. Mencegah kemurungan
6. Mencegah kegelisahan/panik/cemas)
7. Mencegah kanser
8. Tingkat system pertahanan badan
9.  Awet Muda
10. Membuang toksid dalam badan
11. Membunuh kuman
12. Mencegah kulat
13. Mencantikan kulit
14. Membuang kolesterol dalam badan
15. Untuk kesihatan  jantung
16. Mengurang tekanan darah tinggi
17. Kurangkan gula dalam darah
18. Kuruskan badan
19. Cegah batu karang
20. Mengimbangi seluruh badan.

Caranya Menggunakan kulit manggis
1. Ambil buah manggis
2. Kupas
3. Isi dia enak di makan
4. Kalau sebelum ni kulit kita buang je tapi la ni jangan, ambil kulit dia, hiris macam asam keping dan jemur sampai kering
5. Bila nak guna, ambil air panas, 2 3 hirisan kulit manggis direndam. Sedia di minum apabila menjadi suam.
6. Warna air akan bertukar sedikit ungu. Rasa air sedikit kelat tetapi enak.

Sunday, October 31, 2010

KHASIAT KULIT MANGGIS

Kulit manggis dijemur sampai kering dan dijadikan serbuk. Kemudian masukkan ke dalam capsule. Diambil setiap hari sebagai makanan tambahan kesihatan yang terbukti kahsiattnya. Untuk pengetahuan anda, di US harga sebotol jus kulit manggis adalah lebih kurang RM900.00!!
Tetapi kita orang Malaysia,buah ni ada depan mata, mengapa kita buang sahaja????



KHASIAT KULIT MANGGIS - JANGAN ABAIKAN KHASIATNYA..

1. Anti-fatigue (energy booster/memberi tenaga)

2. Powerful anti-inflammatory (prevents inflammation)

3. Analgesic (prevents pain/mencegah sakit urat saraf )

4. Anti-ulcer (stomach,mouth and bowel ulcers)

5. Anti-depressant (low to moderate/mencegah kemurungan)

6. Anxyolytic (anti-anxiety effect/mencegah kegelisahan/ panik/cemas)

7. Anti-Alzheimerian (helps prevent dementia)

8. Anti-tumor and cancer prevention (multiple categories cited)... shown to be capable of killing cancer cells/Mencegah kanser.

9. Immunomodulator (multiple categories cited) - helps the immune system

10. Anti-aging(Anti penuaan)

11. Anti-oxidant( Buang toxic dalam badan)

12. Anti-viral (membunuh kuman)

13. Anti-biotic (modulates bacterial infections)

14. Anti-fungal (prevents fungal infections/menggelakkan kulat)

15. Anti-seborrheaic (prevents skin disorders/mencantik kan kulit)

16. Anti-lipidemic (blood fat lowering, LDL/membuang kolesterol jahat)

17. Anti-atheroscleroti c (prevents hardening of arteries)

18. Cardioprotective (protects the heart/untuk jantung)

19. Hypotensive (blood pressure lowering/rendahkan tekanan darah)

20. Hypoglycemic (anti-diabetic effect, mengurangkan gula dalam darah)

21. Anti-obesity (helps with weight loss/kuruskan badan)

22. Anti-arthritic (prevention of arthritis/cegah sakit tulang)

23. Anti-osteoporosis (helps prevent the loss of bone mass)

24. Anti-periodontic (prevents gum disease/cegah gusi berdarah)

25. Anti-allergenic (prevents allergic reaction)

26. Anti-calculitic (prevents kidney stones/cegah batu karang)

27. Anti-pyretic (fever lowering/rendahkan suhu badab)

28. Anti-Parkinsonism

29. Anti-diarrheal diseases

30. Anti-neuralgic (reduces nerve pain/sakit urat saraf)

31. Anti-vertigo (prevents dizziness)

32. Anti-glaucomic (prevents glaucoma/sakit mata)

33. Anti-cataract (prevents cataracts) -sejenis penyakit mata yang menyebabkan rabun teruk.

34. Pansystemic - has a synergistic effect on the whole body/Mengimbangi
seluruh badan.


UNTUK MERAWAT GOUT..

Kulit manggis amat berkhasiat untuk membuang asid urik di dalam badan. Pengidap gout boleh mengamalkan kulit manggis ni.

Caranya :

1. Ambil buah manggis

2. Kupas

3. Isi dia enak di makan

4. Kalau sebelum ini kulit hanya dimasukkan dalam tong sampah, tapi lebih baik ambil kulit itu dan hiris nipis2 macam asam keping dan jemur sampai kering.

5. Bila2 masa, ambil air panas, 2 atau 3 hirisan kulit manggis tersebut direndam buat seketika. Sedia di minum apabila menjadi suam.

6. Warna air akan bertukar sedikit ungu. Rasa air sedikit kelat tetapi enak.

**GRAB FROM: http://kumpulannurulfah.blogspot.com **

Saturday, October 30, 2010

Salam Pertemuan...

Assalamualaikum...
hari ini serihidupini lahir di alam cyber untuk berkongsi cerita...
untuk menambah seri hidup...
melengkapkan kehidupan...
meningkatkan kesihatan...
berkongsi informasi
untuk kita semua....
Salam Pertemuan... Salam Ingatan